Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI Ke Akademi Sains Malaysia (ASM)

5 Januari 2023, Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Datuk Arthur Joseph Kurup dan delegasi daripada MOSTI hari ini membuat lawatan rasmi ke Akademi Sains Malaysia. Beliau telah diberikan penerangan berkaitan peranan ASM selaku badan pemikir bagi sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE). Untuk makluman, ASM pada April 2022 telah menandatangani MoU bersama KSTI Sabah. Pertemuan bersama YB Datuk Arthur diharap membuka peluang lebih luas bagi ASM untuk menyumbang kepakaran dalam usaha pemerkasaan STIE di Negeri Di Bawah Bayu.

 

DSC 9735    DSC 9744

IMG 2934    IMG 2933

Skip to content