Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Delegasi UiTM ke atas KSU MOSTI

5 April 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi UiTM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM pada pagi ini. Delegasi UiTM turut disertai oleh kedua-dua Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti & Alumni serta barisan pengurusan tertinggi UiTM.

Delegasi disambut mesra oleh pihak MOSTI yang turut disertai oleh YBrs. Dr. Noraisah binti Spahat, SUB Perancangan Strategik (PS), Encik Bonnieface Anak Edwin Manung, SUB, Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D (PTK), YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, KPE Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) serta para pegawai MOSTI daripada TSA, Dana, PSTI, PS, YIM dan CRADLE yang turut sama terlibat.
Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan hal ehwal kepakaran dan bakat yang ditawarkan oleh UiTM serta pelaksanaan projek-projek penyelidikan, pembangunan komuniti Inovasi Sosial, pembangunan usahawan, syarikat pemula, syarikat cerapan dan aktiviti pengkomersialan UiTM dalam menerokai peluang-peluang kerjasama yang ada bersama MOSTI.
Hasil daripada kunjungan hormat ini, MOSTI berharap agar hubungan dua hala dan kerjasama dengan UiTM dapat dipertingkatkan dalam usaha bersepadu semua pihak berkaitan STI ke arah matlamat Malaysia sebagai Negara Berteknologi Tinggi menjelang tahun 2030.
Skip to content