Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Pusat Kecemerlangan, Pembangunan dan Penyelidikan Multimedia Universiti (MMU)

4 April 2024, Selangor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan, Pembangunan dan Penyelidikan Multimedia Universiti (MMU) di TM Innovation Centre (TM R&D), Cyberjaya pada 4 April 2024.

Lawatan kerja ini telah disantuni oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud, President MMU dan lawatan kerja ini turut dihadiri oleh wakil daripada MOSTI, Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), MIMOS BERHAD dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).
YBrs. Dr. Sharlene Thiagarajah, Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D (anak syarikat MMU) telah memberi taklimat berhubung aktiviti penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan TM R&D dan peranan enam Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) di bawah MMU. Susulan itu, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim telah mengadakan lawatan tapak ke makmal-makmal inovasi dan bilik pameran berkait dengan Intelligent Connectivity, AI and Sustainabliity dan Digital and Smart Services.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim berharap pertemuan sebegini boleh dijadikan langkah awal bagi kerjasama di antara MOSTI dengan MMU yang boleh dimanfaatkan kedua-dua pihak supaya dapat mencapai keberhasilan bersama. MOSTI juga mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun bentuk kerjasama merangkumi pelbagai aspek di samping melihat potensi-potensi kerjasama baharu dalam meningkatkan lagi ekosistem inovasi dan R&D negara selaras dengan hasrat Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.
Skip to content