Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) ke atas YBTM MOSTI

4 April 2024, – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerima kunjungan hormat daripada Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) yang diketuai oleh Ketua Eksekutif SEDIA, YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan.

Pertemuan ini antara lainnya membincangkan mengenai prospek dan ruang bagi kolaborasi strategik untuk meneroka potensi kerjasama antara SEDIA dan MOSTI dalam mengadaptasi penggunaan teknologi dan inovasi terkini disamping membangunkan pemboleh daya STIE bagi membantu pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi di Sabah.
Hadir sama YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); Puan Marina Abd Ghanie, Ketua Pegawai Pembangunan Modal Insan SEDIA dan Cik Audrey Lin Mei Hwa, Pengurus Kanan, Seksyen Pembangunan Modal Insan, SEDIA.
Skip to content