Skip to main content
Berita

Sesi Pemukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Tahun 2024

3 April 2024, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri menghadiri Sesi Pemukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya.

Program permukiman ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang turut menyampaikan amanat kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang hadir.
Antara pengisian permukiman ini ialah sesi pembentangan taklimat Modul Kenegaraan Malaysia MADANI, Reformasi Karenah Birokrasi, Mempercepat Projek Pembangunan serta sesi perbincangan berkumpulan dan pembentangan.
Skip to content