Skip to main content
Berita

Kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

By 2020-04-10April 19th, 2020No Comments

10 April 2020, Kuala Lumpur: YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI telah berkunjung ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) petang tadi bagi melihat sesi demonstrasi prototaip teknologi robotik yang dibangunkan oleh DF Automation & Robotics Sdn. Bhd.

Prototaip yang mengambil masa kurang dua minggu ini merupakan hasil usahasama MOSTI, MITI, MTDC, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), DF Automation & Robotics Sdn Bhd (DF), Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, hospital dan industri.

Robot yang diberi nama “Makcik Kiah 19” (MCK19) atau akronim K.I.A.H. – Key Innovations Assisting Healthcare ini adalah Robot Penghantaran Pertama Buatan Malaysia untuk kegunaan di hospital bagi mengurangkan pendedahan petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam memberikan khidmat kepada pesakit Covid-19.

Robot ini juga merupakan Internet of Things (IoT) yang boleh diakses oleh mana-mana komputer, tablet atau telefon pintar yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan robot walaupun berada di luar kawasan hospital. Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem keselamatan yang hanya boleh diakses oleh admin yang dibenarkan sahaja.