Skip to main content
BeritaCovid-19

Syarikat Pemula (Startup) Teknologi Kesihatan Bersama Perangi Covid-19

By 2020-04-10Februari 13th, 2021No Comments

10 April 2020, Putrajaya: YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meluangkan masa berjumpa dengan Syarikat Pemula (Startup) teknologi kesihatan, BookDoc yang merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia dan syarikat teknologi kesihatan di Asia yang disenaraikan di CNBC Upstart 100 List 2019.

Dalam usaha memerangi penularan Covid-19, MOSTI komited untuk menyokong inovasi dalam penjagaan kesihatan dan perkhidmatan berasaskan teknologi melalui penyelesaian digital. BookDoc telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyediakan:

  1. Khidmat nasihat kesihatan maya secara percuma;
  2. Ujian makmal Covid-19 yang selamat dan keselesaan sama ada dirumah / pejabat;
  3. Akses kepada berita terkini dan berita Covid-19;
  4. Webinar, sesi pertanyaan berasaskan web langsung dan eksklusif dengan pakar perubatan dari KKM dan kesihatan awam;
  5. Sebagai Pengendali Teknologi untuk Sistem Temujanji dalam talian di mana orang ramai boleh memilih slot temujanji untuk ke klinik kesihatan KKM bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan, mengelakkan kesesakan di premis kesihatan dan untuk tujuan penjarakan sosial.

YB Khairy berkata “Walaupun banyak syarikat, terutamanya syarikat pemula menghadapi dilema sama ada mereka akan berjaya mengharungi krisis ini, saya bangga dengan usaha BookDoc yang mengambil inisiatif menggunakan teknologi untuk membantu rakyat yang memerlukan sokongan kesihatan tanpa diskriminasi terhadap keadaan ekonomi atau sosial. Ini bagi memastikan semua akan mendapat manfaat dan tidak ada yang ketinggalan dalam menghadapi pandemik ini,” katanya.