13 Disember 2021, Dubai – YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI merangkap Pesuruhjaya Jeneral bagi Pavilion Malaysia memulakan lawatan kerja ke:
Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai.
Mengadakan perjumpaan bersama pengurusan Ekspo 2020 Dubai, Manuela (Director – International Participants) dan Ms. Milica (Country Manager)
Menghadiri ASEAN National Day di National Stage Al Wasl
Mengadiri Networking Session oleh Kementerian Pengajian Tinggi di Grand Hyatt Convention Centre yang dihoskan oleh Konsul Pendidikan di Dubai dan turut dihadiri oleh Duta Malaysia di Emiriah Arab Bersatu
Seminar berkenaan ‘Future Digital Education’ di Terra Auditorium, Sustainability Pavilion – Seminar membincangkan hala tuju institusi tempatan ke arah Future Digital Education susulan pandemik yang melanda seluruh dunia.
.
14 DISEMBER 2021
YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan mengetuai lawatan delegasi Malaysia ke:
Pavilion Amerika Syarikat (USA) – Delegasi Malaysia disambut oleh Pesuruhjaya Jeneral bagi Pavilion Amerika Syarikat, Mr. Robert Clark.
Pavilion Jepun – Disambut oleh Pesuruhjaya Jeneral bagi Pavilion Jepun, Mr. Nakamura Tomiyasu.
Pavilion Arab Saudi. Delegasi disambut oleh Pesuruhjaya Jeneral bagi Pavilion Arab Saudi, Mr. Hussain Hunbazaza.
Pavilion United Kingdom.
YBhg. Datuk Zainal Abidin turut mengunjungi Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) Research and Development (R&D) Centre – DEWA R&D Centre merupakan sebuah agensi yang melaksanakan R&D dalam menambah baik ekosistem tenaga dan air di Emiriah Arab Bersatu. DEWA menyasarkan penggunaan tenaga boleh baharu melalui tenaga solar sebanyak 75% menjelang 2050. Antara R&D yang dijalankan adalah berkenaan teknologi photovoltaic, 3D printing dan penggunaan dron dalam memantau solar farm.
Previous PostKajian Kepuasan Pelanggan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Next PostGreen Computing Awards 2021 Pemangkin Kelestarian Penggunaan Tenaga