Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm)

26 April 2024, Pulau Pinang – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), di Bukit Gambir Pulau Pinang.
Dalam lawatan kerja ini, KSU MOSTI telah melawat ke fasiliti dan makmal-makmal di IPharm-NIBM. Turut mengiringi KSU MOSTI adalah YBhg. Datuk Ahmad Zaki Bin Zahid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (BOT) NIBM, YBhg. Prof. Datuk Wira Dr. Raha Binti Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif NIBM dan YBrs. Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MOSTI.
YBhg. Dato’ KSU dan delegasi turut meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri NIBM 2024
Skip to content