Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang

26 April 2024, Pulau Pinang – YBhg. Dato Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang bagi melawat projek-projek pembangunan RMKe-12 yang dilaksanakan di KIMIA Pulau Pinang.

Projek – projek pembangunan tersebut adalah Projek Menaiktaraf Makmal Air, Projek Menaiktaraf Pusat Analisis Sains Forensik serta Projek Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan.
Turut mengiringi KSU MOSTI adalah YBrs. Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, YBrs. Puan Marhayani binti Md.Saad, Timbalan Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Encik Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek bagi memastikan projek mencapai hasil yang disasarkan.
Program lawatan kerja ini turut melibatkan sesi bertemu dengan semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Skip to content