Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Loji Perintis Pengeluaran Benih Padi Asas dan Tapak Penyelidikan Padi NMR 152 di Pasir Panjang, Sekinchan

16 Februari 2024, Selangor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Perintis Pengeluaran Benih Padi Asas dan Tapak Penyelidikan Padi NMR 152 di Pasir Panjang, Sekinchan hari ini.
Varieti NMR 152 ini telah dilancarkan secara rasminya pada 19 November 2021. Ia merupakan inisiatif Agensi Nuklear Malaysia dalam menghasilkan baka baharu tanaman yang berdaya tahan tinggi terhadap cuaca ekstrem, tahan penyakit serta mampu memberi hasil tuaian yang tinggi kepada petani disamping membantu dalam mengurangkan kos penggunaan baja dan racun.
Turut serta dalam lawatan kerja ialah YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembudayaan Sains), YBrs. Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, YBrs. Ts. Dr. Azhar bin Mohamad, Pengarah Bahagian Agroteknologi & Biosains (BAB), Agensi Nuklear Malaysia.
Skip to content