Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja TKSU (T) ke Lombong Perantis Perlombongan Nadir Bumi

16 Februari 2024, Perak – Lawatan Delegasi MOSTI ke Lombong Perantis Perlombongan Nadir Bumi di MRCE Resources Sdn Bhd, Mukim Hulu Kenering, Hulu Perak.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Noor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan turut hadir sama YBrs. Dr. Rahman Bin Yaccup, Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Alam Sekitar, Agensi Nuklear Malaysia, En Mohd Fauzi Bin Mohd Said, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi dan En Ismarul Nizam Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Nanoteknologi Kebangsaan.
Delegasi MOSTI ini disambut oleh Puan Che Wan Rabiatul Adawiyah Binti Wan Mohd Ali, Pengurus Lombong MRCE Resources Sdn Bhd, Puan Noor Haslina binti Ali, Wakil Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan Encik Adha Syuraini Bin Abdul Ghani, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak.
Objektif lawatan adalah untuk meneroka potensi pembangunan teknologi “rare earth elements” (REE) yang merupakan bahan utama dalam pelbagai produk berteknologi tinggi seperti motor elektrik, alat elektronik dan lain2 bahan termaju.
Skip to content