29 Mei 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI terus giat mengadakan lawatan turun padang bagi memantau pelaksanaan projek pembangunan dan kali ini telah turun padang ke Projek Pembangunan Kemudahan Pusat Simulasi Pasukan Tindakbalas Nuklear. Projek di bawah Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Sepang selaku Pegawai Penguasa.



