Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja TKSU (T) MOSTI ke Biocon Sdn. Bhd. (Biocon)

29 Februari 2024, Johor – Lawatan kerja ke Biocon Sdn. Bhd. (Biocon) telah diadakan pada 29 Februari 2024 yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI. Lawatan ini turut dihadiri oleh wakil Bioeconomy Corporation selaku agensi yang memfasilitasikan penubuhan Biocon di Malaysia pada tahun 2011.
Aktiviti utama Biocon adalah pembuatan dan pengeluaran insulin secara komersial. Fasiliti ini merupakan fasiliti terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia dengan kakitangan berjumlah lebih 900 orang. Biocon bercadang untuk menambah pelaburan di Malaysia bagi membesarkan keupayaan fasiliti pembuatan insulin bersepadunya dan kini sedang meneroka kerjasama dengan pihak MOSTI dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga latihan untuk tujuan peningkatan kemahiran pekerja.
Skip to content