Skip to main content
Berita

Top In Tech Innovation Awards Edisi ke-3

29 Februari 2024, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmiakn program Top In Tech Innovation Awards Edisi ke-3 di MRANTI Park, Bukit Jalil.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Tuan Chang Lih Kang menyatakan bahawa Kerajaan komited untuk mewujudkan ekosistem Syarikat pemula (Startups) yang mantap, meletakkan negara sebagai hab utama keusahawanan dan inovasi. Sejajar dengan aspirasi untuk mengukuhkan dan mempercepatkan ekosistem syarikat pemula, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Syariakt Pemula Malaysia (SUPER) 2021-2030 pada 2021 yang menyasarkan untuk mencapai 5,000 permulaan menjelang 2025.
MOSTI telah menerajui pelbagai inisiatif untuk memupuk dan menyokong syarikat baru melalui pemacu ekosistem mengenai pembiayaan, bakat, inovasi, persekitaran pasaran, dasar dan peraturan di bawah pelan hala tuju. YB Tuan Chang Lih Kang juga mengumumkan bahawa lebih daripada 3,900 syarikat pemula yang telah direkodkan dalam portal MYStartup.
Top In Tech Innovation Awards Edisi ke-3 merupakan penganugerahan yang diberikan kepada para inovator, perniagaan dan industri atas usaha mereka yang dalam inovasi dan teknologi.
Skip to content