6 Mei 2024, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Juraj Koudelka, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Czech ke Malaysia.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan pegawai kanan Kementerian.
Malaysia dan Republik Czech berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam memacu agenda STI kedua-dua buah negara.