Skip to main content
Berita

Sesi Taklimat Sektor Pembangunan Teknologi, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi

19 Februari 2024, Putrajaya – YB Dato’Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan satu sesi taklimat hari ini berkenaan Sektor Pembangunan Teknologi, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang diterajui oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi). Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian, Pengarah dan pegawai-pegawai bawah sektor tersebut.
YB Timbalan Menteri telah diberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan setiap bahagian di mana di bawah sektor pembangunan teknologi, terdapat lima (5) Dasar dan sepuluh (10) Pelan Hala Tuju yang telah dilancarkan dan sedang dalam pemantauan pelaksanaan. Dasar-dasar dan Pelan Hala Tuju tersebut melibatkan pelbagai bidang atau sektor yang menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi terkini di Malaysia.
YB Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai Bahagian juga berbincang serta bertukar idea dan pandangan mengenai hala tuju dan aspirasi masa depan khususnya dalam membantu MOSTI mencapai misinya iaitu menerajui pembangunan STIE melalui R&D&C&I ke arah penciptaan kekayaan dan Negara Berteknologi Tinggi.
Skip to content