Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YB Menteri Ke Kumpulan Modal Perdana (KMP)

9 Jun 2023, Selangor – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke sebuah lagi agensi di bawah MOSTI iaitu Kumpulan Modal Perdana (KMP).

KMP merupakan salah sebuah syarikat modal teroka yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan mandat untuk melakukan pelaburan di dalam syarikat berteknologi tinggi bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan berasaskan teknologi.
Sejak penubuhannya, KMP telah melabur di dalam lebih 40 syarikat berteknologi tinggi dan telah berjaya membantu sebahagian besar syarikat-syarikat ini berkembang maju. Sebahagian daripada syarikat-syarikat ini juga telah berjaya disenaraikan di dalam Bursa Saham serta memberi pulangan pelaburan kepada KMP.
352969536 646467340842258 4761445154097195914 n    352393214 646467417508917 279591912553119958 n352818160 646467547508904 3155197257307177231 n    352757529 646467440842248 7268354375714903780 n
Skip to content