Skip to main content
Berita

Pelancaran MRANTI 5G Experience Centre

12 Jun 2023, Kuala Lumpur – Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) hari ini melancarkan Pusat Pengujian nasional untuk ujian 5G di Taman MRANTI, Bukit Jalil.
Sebagai persediaan kearah 5G, MRANTI Park menawarkan infrastruktur lengkap, kemudahan dan perkhidmatan untuk menyokong pengkomersilan teknologi 5G baharu merentasi kitaran hayat pembangunan inovasi. Ini termasuk akses kepada peralatan canggih, kemudahan dan sumber pengkomputeran berkelajuan tinggi, serta akses kepada sokongan daripada pakar industri. Perancangan untuk membangunkan makmal bagi kenderaan berautonomi (autonomous vehicle ) sepanjang 12km sedang dijalankan sebagai tambahan kepada pusat kecemerlangan dron seluas 5 ekar untuk memajukan pembangunan penyelesaian Industri 4.0.
YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan perasmiannya menyatakan MRANTI akan menjadi nukleus untuk pembangunan dan penggunaan meluas aplikasi kemasyarakatan dan sektoral transformatif menggunakan teknologi terkini.
“Pelancaran MRANTI 5G Experience Centre adalah penting untuk mempercepatkan inovasi baharu yang akan meningkatkan cara hidup, bekerja dan bermain dalam menghadapi masa hadapan yang dipacu oleh data. Direka untuk prototaip, ujian dan pembangunan MRANTI 5G Experience Centre akan melengkapkan bilangan fasiliti kemudahan 5G di Malaysia,” kata YB Chang.
Menurut penyelidikan industri, penggunaan 5G dijangka memberikan potensi peningkatan KDNK sebanyak RM122 bilion dan mewujudkan 750,000 pekerjaan baharu menjelang tahun 2030.
MRANTI 5G Experience Centre merupakan pusat 5G pertama diterajui oleh kerajaan yang menawarkan prototaip, ujian, demo dan kawasan makmal dengan kelajuan sehingga 1GBps untuk kegunaan industri.
Pada pelancaran hari ini, YB Menteri turut mengumumkan lima (5) pembuktian konsep (POC) melibatkan pengendali rangkaian, penyedia penyelesaian IoT dan pembangun teknologi. POC ini termasuk penyelesaian untuk penjagaan kesihatan, pertanian, pembangunan bandar pintar, teknologi dron, pengawasan dan banyak lagi untuk memberi manfaat kepada komuniti B40 serta industri.
Dengan daya pemprosesan yang lebih tinggi, kependaman ultra-rendah, 5G boleh menawarkan kelajuan sehingga 50 kali ganda lebih pantas, 10 kali lebih responsif dan sambungan kuasa yang jauh lebih rendah daripada 4G. Dengan ini, masa dan kitaran pembangunan untuk inovator kes penggunaan 5G adalah dijangka bertambah baik.
MRANTI juga mengumumkan kerjasamanya dengan Groupe Speciale Mobile Persatuan (GSMA). Inisiatif ini akan membuka akses pasaran untuk inovator rakyat Malaysia yang berpotensi untuk bekerjasama dengan lebih daripada 1,000 pemain ekosistem mudah alih di seluruh dunia.
Dalam usaha membangunkan ekosistem yang kukuh untuk perniagaan di Malaysia, Maxis bersama MRANTI akan bekerjasama untuk membina peluang bagi mempercepatkan inovasi dan pengkomersilan 5G. Kerjasama strategik yang dicadangkan ini bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak, termasuk Maxis 5G untuk memupuk ekosistem yang berkembang maju di mana pihak berkepentingan yang berbeza boleh bersama-sama mempromosikan inovasi yang bertujuan untuk mengeluarkan penyelesaian berkuasa 5G baharu dan perkhidmatan dalam sektor B2B.
Penyedia perkhidmatan infrastruktur, syarikat telekomunikasi dan perusahaan ingin mencari rakan kerjasama, membangunkan Bukti Konsep 5G, menguji penyelesaian 5G atau mempelajari mengenai 5G dialu-alukan untuk berhubung dengan MRANTI dan menempah slot untuk lawatan tapak melalui pautan ini: https://mranti.my/mranti…/facilities/living-lab/5g-booking
353661896 648523200636672 9219156419083108 n    353664936 648523343969991 895917242254900783 n353658970 648522523970073 4510683872669431024 n    353617741 648522860636706 8989459283876874565 n
Skip to content