Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Akademi Sains Malaysia (ASM)

4 Januari 2023, Kuala Lumpur – Lawatan Kerja YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Akademi Sains Malaysia (ASM). Sebagai sebuah Peneraju Pemikir dalam bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE), ASM yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI berfungsi sebagai badan penasihat kerajaan berkenaan hal ehwal STIE dengan input yang berwibawa, boleh dipercayai, dan berasaskan data yang tepat pada masanya. Etos ASM adalah “Budayakan Sains, Raikan Teknologi, Cetuskan Inovasi”.
YB Menteri telah menerima penerangan terperinci tentang peranan ASM daripada YBhg. Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail FASc, Presiden ke-5 ASM dan YBrs. Puan Hazami Habib, Ketua Pegawai Eksekutif ASM. Tahun 2023 bakal menyaksikan ASM melancarkan beberapa program utama bagi mengukuhkan ekosistem STIE Malaysia.
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
DSC 9413               DSC 9442
Skip to content