Skip to main content
Berita

Kunjungan hormat YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji  Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI

4 Januari 2023, Putrajaya – Kunjungan hormat YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji  Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Turut diadakan perbincangan mengenai perancangan penyertaan Malaysia di Ekspo 2025 Osaka yang akan diterajui oleh MITI selaku Sekretariat Ekspo 2025 Osaka yang diketuai oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, KSU MITI merangkap Pesuruhjaya Jeneral bagi penyertaan Malaysia di Ekspo tersebut.
Perjumpaan ini diadakan untuk mendapatkan input MOSTI selaku kementerian peneraju Ekspo 2020 Dubai berkenaan konsep dan reka bentuk Pavilion Malaysia, kerja-kerja pembinaan dan operasi serta perkara-perkara berkaitan.
KSU MOSTI juga telah menyerahkan buku Laporan Akhir Penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai kepada KSU MITI sebagai bahan rujukan dan simbolik meneruskan kecemerlangan Ekspo 2020 Dubai dan seterusnya bagi Osaka 2025 dalam mengharumkan nama negara Malaysia di persada antarabangsa.
DSC 9529          DSC 9552
Skip to content