Skip to main content
Berita

Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-20 (20th ASEAN Ministerial Meeting on Science, Technology and Innovation – AMMSTI-20)

7 Jun 2024, Kemboja – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Ke-20 (20th ASEAN Ministerial Meeting on Science, Technology and Innovation – AMMSTI-20) pada 7 Jun 2024 di Sofitel Angkor Phokeethra Golf & Spa Resort, Siem Reap, Kemboja.
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat tahunan peringkat menteri yang dihadiri oleh para menteri sains, teknologi dan inovasi dari kalangan negara-negara anggota ASEAN.
Pada sebelah pagi, YB Tuan Chang Lih Kang telah menghadiri Majlis Perasmian AMMSTI-20 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.
YB Tuan Chang Lih Kang turut menghadiri Gala Dinner yang dianjurkan oleh Kemboja pada malam sebelumnya di Borei Angkor Resort & Spa.
Turut hadir bersama YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ialah YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; dan TYT Ambassador Shaharuddin Onn, Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
Skip to content