7 Ogos 2024, Selangor – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan ke Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Universiti Multimedia (MMU)-Telekom Research & Development Sdn Bhd (TM R&D), bersama delegasi MOSTI yang terdiri daripada pelbagai Bahagian dan Agensi, antaranya Cradle Fund Sdn Bhd (CRADLE) dan Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) pada 6 Ogos 2024.





