Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI Ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia)

5 Januari 2023, Selangor – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) pada hari ini.
Beliau disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) KIMIA Malaysia, YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim yang juga sedang menanggung kerja Ketua Pengarah KIMIA Malaysia. Satu sesi pembentangan telah diadakan bagi menerangkan peranan, bidang tugas serta perkhidmatan KIMIA Malaysia.
YB Timbalan Menteri seterusnya dibawa melawat makmal-makmal di Ibu Pejabat KIMIA Malaysia. KIMIA Malaysia merupakan sebuah jabatan di bawah MOSTI yang menyediakan perkhidmatan analisis, penyiasatan dan perundingan saintifik dalam menyokong penguatkuasaan undang-undang serta program yang berkaitan dengan keselamatan air, makanan, alam sekitar dan produk industri bagi melindungi kesihatan dan keselamatan awam.
DSC 9598   DSC 9714
DSC 9668   DSC 9629
Skip to content