Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke ATOM Malaysia

17 Januari 2024, Sealngor – Lawatan kerja YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia), yang merupakan jabatan di bawah MOSTI.
Sesi lawatan ini telah disantuni oleh YBrs. Pn Hajah Noraishah binti Pungut, Ketua Pengarah Atom Malaysia serta barisan pengurusan tertinggi Atom Malaysia.
Satu sesi pembentangan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Atom Malaysia, bagi menerangkan peranan dan fungsi Jabatan.
YB Timbalan Menteri MOSTI seterusnya dibawa melawat ke Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (NCNRM) dan diberi penerangan berkenaan fungsi dan peralatan yang digunakan dalam kecemasan radiologi dan nuklear.
Atom Malaysia mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas lawatan ini.
Skip to content