Skip to main content
Berita

Mesyuarat India International Collaboration

17 Januari 2024, India – Pada 17 Januari 2024, telah berlangsung satu Mesyuarat India International Collaboration yang dipengerusikan Former Secretary Dr. P. S. Goel, dengan penglibatan Department of Science, Technology and Innovation India, National Innovation Foundation (NIF) dan peserta-peserta daripada pelbagai negara. Perbincangan ini diadakan di Translational Health Science and Technology Institute, Haryana, Faridabad.

Sesi ini diadakan bagi membincangkan idea dan cadangan kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dengan negara-negara terlibat seperti teknologi angkasa, tenaga atom, sains perubatan, tenaga boleh diperbaharuai, teknologi kuantum, kecerdasan buatan dan sebagainya. Perbincangan juga menjurus ke arah pentingnya untuk memajukan sains, teknologi dan inovasi merentasi negara, untuk membina negara yang lebih baik.
YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, berkongsi bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia melalui MYSA ingin berkerjasama dengan ISRO dalam usaha untuk membangunkan industri angkasa di Malaysia.
Malaysia juga ingin memantapkan lagi kolaborasi antara Malaysia dan India Malaysia antaranya dalam Pengukuhan Ekosistem Startup di Malaysia, perkongsian ilmu mengenai cadangan pembangunan Malaysia Innovation Index (MII) dan pemerkasaan inovasi sosial.
Beliau juga menyatakan hasrat kepada India agar Malaysia diberi peluang untuk menganjurkan semula ASEAN India Grassroots Innovation (AIGIF) pada tahun 2025 sempena Malaysia mempengerusikan ASEAN 2025. Akhir sekali, TKSU(P) menyatakan hasrat untuk memperkemaskan lagi usaha-usaha Malaysia untuk membawa STI kepada rakyat agar ianya mudah difahami dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat.
Skip to content