Skip to main content
Berita

Majlis Tech Venture Meetup (TVMU) 2024

17 Januari 2024, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI hari ini telah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bersempena Majlis Tech Venture Meetup (TVMU) 2024 anjuran Leave a Nest yang bertemakan ‘Breaking Boundaries: Diving into Unexplored Markets’ di Bulatan Inovasi, Taman MRANTI.

Objektif utama program ini adalah penyediaan satu platform bagi syarikat pemula teknologi, pelabur-pelabur modal teroka, agensi kerajaan, pembina ekosistem dan korporat multinasional berkumpul untuk bertukar pendapat, meneroka peluang kerjasama dan pengumpulan dana.
Majlis Tech Venture Meetup 2024 turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Yukihiro Maru, Group CEO, Leave a Nest Japan bersama 80 syarikat pemula dari Malaysia dan negara Indonesia, Filipina, Singapore dan Thailand. Leave a Nest merupakan sebuah syarikat yang memberi fokus kepada pembinaan ekosistem kemajuan sains dan teknologi sejagat.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan turut memaklumkan bahawa MOSTI telah melancarkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 dalam menyokong pembangunan ekosistem secara holistik dan meningkatkan kebolehpasaran startup di dalam dan juga luar negara. Beliau menekan konsep co-opetition (competition + cooperation) adalah penting dalam memastikan pembangunan ekosistem startup yang kondusif di Malaysia.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan juga telah melawat ruang pameran NanoMalaysia Berhad, PICA Manufacturing Solutions (M) Sdn Bhd, Pandai Education Group, Carmen Automotive (Singapore) Pte Ltd, A2Tech Sdn Bhd dan Ultimeat (M) Sdn Bhd. yang telah menyertai majlis tersebut.
Skip to content