Skip to main content
Berita

Mesyuarat Jawatankuasa Pengawalseliaan Hab Teknologi Kesihatan Bil.1/2024

29 Januari 2024, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) pada 29 Januari 2024 telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengawalseliaan Hab Teknologi Kesihatan Bil.1/2024 secara bersama dengan YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Bilik Persidangan Dinamik, Kompleks Setia Perdana 1, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengawalseliaan Hab Teknologi Kesihatan Bil.1/2024 kali ini telah membincangkan inisiatif dan program dalam memantapkan pembangunan dan penerimagunaan teknologi sebagai penyelesaian bagi sektor perubatan. Antaranya seperti penganjuran Pameran Teknologi Kesihatan dan Seminar Inovasi di premis KKM bagi memperkenal dan mengetengahkan inovasi-inovasi hasil R&D tempatan kepada pihak-pihak berkepentingan dalam menggiatkan lagi ekosistem pengkomersialan. Di samping itu, perbincangan turut menjurus kepada memperkasakan mekanisme penyampaian terutama berkaitan struktur tadbir urus serta akauntabiliti aliran rangka kerja pengawalseliaan produk/perkhidmatan/peralatan kesihatan negara.
Platform Hab Teknologi Kesihatan merupakan satu usaha bersama MOSTI-KKM dalam memudahcara proses penggunaan dan pengadapatasian teknologi bagi sektor kesihatan selain dibantu oleh inisiatif-inisiatif lain MOSTI seperti National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), MySTI dan lain-lain berkaitan.
Skip to content