Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Tawau (KIMIA Tawau)

18 Januari 2024, Sabah – YB. Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah membuat lawatan rasmi buat julung kalinya ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Tawau (KIMIA Tawau) pada hari ini.

YBhg. Dato’ mengambil peluang singgah ke KIMIA Tawau sempena program kerja rasmi beliau di negeri Sabah .
Turut hadir bersama dalam lawatan kali ini adalah YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBrs. Tuan Shaari Bin Desa, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) KIMIA Malaysia dan YBrs. Tuan Haji Khairuzzaman bin Mustafa, Pengarah KIMIA Sabah yang disambut oleh Encik Asrul Hafez bin Zulkifly, Pengarah KIMIA Tawau
Dalam lawatan kali ini, YBhg. Dato’ sempat menyampaikan amanat dan pesanan beliau serta beramah mesra bersama warga kerja KIMIA Tawau.
Satu perbincangan berkenaan cadangan tapak bangunan baharu KIMIA Tawau telah diadakan bersama YBhg. Dato dengan beberapa agensi.
Antara wakil agensi yang hadir adalah, Encik Sr. Imran Hj Joh, Penolong Pemungut Hasil Jabatan Tanah Dan Ukur, Puan Mirawati Tabar, Jurutera Perbandaran Majlis Perbandaran Tawau dan Encik Nickie Pius, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
YBhg. Dato’ turut dibawa melawat ke makmal-makmal di KIMIA Tawau.
Skip to content