Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke NanoMalaysia Berhad

23 Januari 2024, Kuala Lumpur – NanoMalaysia Berhad menerima kunjungan YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam rangka lawatan kerja ke jabatan dan agensi di bawah seliaan MOSTI.
NanoMalaysia Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk bertindak sebagai sebuah entiti perniagaan yang diamanahkan dengan aktiviti pengkomersialan dan perindustrian nanoteknologi menerusi model pembangunan usaha sama.
YB Dato’ Mohammad Yusof telah disambut oleh Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Mohamad Zawawi bin Ismail, Pengerusi NanoMalaysia Berhad dan YBrs Dr Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, KetuaSetiausaha MOSTI dan YBrs. Prof. Madya Dr Ruslinda A. Rahim, Pengarah, Pusat Nanoteknologi Kebangsaan.
Skip to content