Skip to main content
General

India International Science Festival

17 Januari 2024, India – YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, telah dijemput oleh National Innovation Foundation, India untuk menghadiri India International Science Festival yang diadakan bermula pada 17 – 20 Januari 2024.
Semasa persidangan ini, YBrs. Puan Ruziah akan mempengerusikan satu sesi meja bulat bertajuk “Science, Technology and Innovations: Learning from Overseas” yang akan turut dihadiri oleh para peserta daripada negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat, Zimbabwe, Armenia, Perancis dan lain-lain.
Program ini merupakan platform bagi pertukaran atau perkongsian pandangan dan ilmu serta pengalaman berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang boleh dimanfaatkan bersama-sama di antara MOSTI dan rakan-rakan yang terlibat terutamanya daripada pihak penganjur iaitu India.
Antara tujuan utama penyertaan MOSTI ke persidangan ini adalah untuk berkongsi mengenai usaha-usaha pembangunan STI terutamanya dalam pembangunan modal insan STI yang juga merupakan salah satu Program Keutamaan MOSTI tahun 2024
Sebelum persidangan bermula, YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei telah membuat kunjungan hormat ke atas TYT Dato’ Muzafar Shah Mustafa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India pada 16 Januari 2024 (Selasa).
Persidangan ini juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Ketua Pegawai Operasi YIM dan wakil YIM serta wakil daripada Bahagian PSTI MOSTI.
Persidangan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada MOSTI dalam merancakkan lagi aktiviti perancangan dan pembudayaan sains dalam usaha menjadikan negara sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
Skip to content