Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Planetarium Negara (PN)

21 Februari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Planetarium Negara (PN), Kuala Lumpur.
Sesi lawatan ini disantuni oleh YBrs. Tuan Haji Shahruddin Haji Yusof Pengarah Planetarium Negara, Ketua-ketua unit PN dan warga PN.
Planetarium Negara merupakan satu bahagian di bawah MOSTI berfungsi sebagai satu pusat pendidikan sains angkasa tidak formal bagi melaksanakan program pendidikan dan pembudayaan untuk menarik minat generasi muda terhadap sains angkasa seterusnya dapat membangunkan kepakaran generasi akan datang khusus dalam bidang ini.
Lawatan kerja tersebut YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat mengenai peranan PN, pameran, aktiviti dan balai cerap PN.
Skip to content