Skip to main content
Berita

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Telah Menerima Kunjungan hormat Daripada Duta Besar United Arab Emirates (UAE)

19 Februari 2024, Putrajaya – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri, Duta Besar United Arab Emirates (UAE) ke Malaysia.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) dan Setiausaha Bahagian Antarabangsa, MOSTI.
Kedua-dua pihak berpeluang mengadakan perbincangan bagi meneroka kerjasama dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI); terutamanya yang melibatkan kerjasama dalam ekosistem syarikat pemula, National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), kecerdasan buatan, teknologi angkasa, teknologi blockchain, keselamatan makanan dan lain-lain bidang STI yang akan memberi faedah kepada kedua-dua buah negara.
Skip to content