14 Oktober 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penyerahan Kenderaan Jabatan Bas Baharu MOSTI di Foyer Lobi, Blok C5, MOSTI hari ini.
Penyediaan kenderaan baharu ini selaras dengan komitmen MOSTI untuk terus menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada warga kementerian.
Dengan reka bentuk moden yang mengetengahkan identiti sains, teknologi dan inovasi, bas baharu ini turut mencerminkan imej korporat MOSTI serta komitmen kementerian ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Pentadbiran serta semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.




