Skip to main content
Berita

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Memperkasa Pembelian dan Penggunaan Produk Tempatan 2026

15 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pagi tadi mewakili MOSTI dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Memperkasa Pembelian dan Penggunaan Produk Tempatan Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, di Kompleks Parlimen Malaysia.

Mesyuarat ini bertujuan memperkemas hala tuju dan memperkukuh penyelarasan antara kementerian serta agensi Kerajaan bagi meningkatkan promosi dan jualan produk tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa, di samping mengurangkan kebergantungan terhadap import. Usaha ini turut memperkukuh gerakan JOM MALAYSIA melalui penglibatan menyeluruh Kerajaan, industri dan masyarakat serta peluasan pasaran produk dan perkhidmatan tempatan.
Bagi MOSTI, agenda ini membuka peluang untuk memperkasa produk tempatan berasaskan sains, teknologi dan inovasi agar lebih berdaya saing serta berpotensi menembusi pasaran global. Pendekatan ini selari dengan usaha kementerian untuk menyokong pembangunan teknologi tempatan, memperluas pengkomersialan inovasi dan meningkatkan nilai tambah kepada ekonomi negara.
Skip to content