Skip to main content
Berita

Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan November 2023

23 November 2023, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan November 2023 bersama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya.

Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D (PTK) MOSTI. Perhimpunan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Nor Azman bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Puan Ruziah Shafie – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
YB Chang Lih Kang dalam ucapannya merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga MOSTI di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang 1 tahun menerajui MOSTI serta menggerakkan semua dasar dan pelan halatuju MOSTI. Beliau juga berharap agar kita dapat bersama-sama untuk terus berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam meningkatkan kemajuan STI untuk rakyat dan negara Malaysia tercinta ini.
YB Menteri turut merakamkan tahniah atas penganjuran program-program MOSTI sepanjang bulan November seperti Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Akhir Kebangsaan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Konvensyen R,D,C & I 2023, National Biotechnolgy Symposium 2023 (NBS 2023).
Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam Peringkat MOSTI ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di serahkan berjumlah RM38,971.80.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah:
✅Taklimat oleh Pegawai Penerangan dan Kebajikan, CUEPACSCARE
✅Ceramah Integriti oleh Pegawai SPRM, Encik Mohd Firdaus Ramlan, “Bukan Lupa Tapi Alpa”
✅Penyampaian Anugerah Pembangunan Negara (APN) Tahun 2023
✅Penyampaian Sijil Penarafan Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia
✅Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Asia-Pacific Satellite Communications Council (APSCC)
✅Anugerah Emas dan Gangsa Kategori Web Contest-(WEBCON) Asian Conference on Remote Sensing (ACRS) 2023
✅Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP)
✅Penyampaian Hadiah Pertandingan Kolam Sempena Sambutan Hari Deepavali
✅Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Bulan Bahasa
✅Persembahan Sains oleh Pusat Sains Negara
✅Makluman Kenaikan Pangkat
✅Makluman Pegawai Keluar Masuk
✅Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, jabatan, agensi (November)
Skip to content