Skip to main content
Berita

Malaysia Techlympics 2023

15 Jun 2023, Perak – Malaysia Techlympics 2023 merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memperkasa Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta memupuk minat generasi muda terhadap STEM melalui pendekatan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna dan berimpak tinggi melalui konsep pertandingan.

Program Keterangkuman Malaysia Techlympics 2023 hari ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Ulu Slim, Perak merupakan antara elemen pengisian program Malaysia Techlympics untuk melibatkan latihan kepada guru-guru dan sekolah luar bandar. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Dalam ucapan YBrs. TKSU(P), selaras dengan hasrat Malaysia Madani dalam mewujudkan masyarakat yang inklusif dengan menitikberatkan akses kepada keperluan asas dan pendidikan berkualiti, antara objektif program keterangkuman ini adalah untuk meningkatkan akses kepada pengajaran dan pembelajran (PdP) STEM khususnya kepada pelajar luar bandar serta memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan teknologi yang boleh dijadikan asas dalam kerjaya masa hadapan.
Pelbagai aktiviti menarik berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10 -10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan oleh MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D disediakan sepanjang pelaksanaan Malaysia Techlympics 2023 yang berlangsung mulai Jun sehingga November 2023.
Antara enam (6) tema pertandingan yang akan dipertandingkan adalah Sains dan Inovasi, Aeorangkasa, Kecerdasan Buatan dan Sains Data, Inovasi dan Kreativiti untuk Kesejahteraan Rakyat, Teknologi Sohor serta Keterangkuman Malaysia Madani.
Malaysia Techlympics 2023 menyasarkan 1 juta penyertaan daripada para pelajar dan belia berusia 7 hingga 30 tahun melalui pertandingan berteraskan teknologi sohor seperti kecerdasan buatan, Internet kebendaan, dron, pengekodan dan robotik akan dipertandingkan di peringkat negeri, zon dan kebangsaan.
Di bawah inisiatif Program Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics 2023 ini juga, dua (2) buah sekolah iaitu SK Pos Bersih dan juga SK Pos Tenau telah diperuntukkan Bengkel ‘Techlympics Makerslab’, yang mana makmal STEM di dua buah sekolah ini diberikan nafas baru, dilengkapi dengan bahan-bahan pembelajaran STEM yang dapat digunakan murid bagi tujuan pembelajaran seperti robot dan mesin cetakan 3D.
353649939 650690530419939 3585105369741349496 n    354056151 650690567086602 6016854350130860901 n354252613 650690650419927 3677096285852923136 n    354059600 650690747086584 7525488801207699677 n
Skip to content