Skip to main content
Berita

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Bil. 1 Tahun 2023

15 Jun 2023, Putrajaya – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 15 Jun 2023 dan dipengerusikan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada wakil-wakil Kementerian, Kerajaan Negeri, Jabatan Kerajaan, Agensi, Persatuan dan sektor swasta.
Inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016 bertujuan melonjakkan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibiayai Kerajaan. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MCY, isu-isu dalam aktiviti pengkomersialan hasil R&D tempatan dan keperluan penambahbaikan ekosistem pengkomersialan dengan kerjasama merentasi perkhidmatan awam dan swasta telah dibincangkan.
Perancangan dan pelaksanaan inisiatif MCY adalah selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030 dalam memperkasakan sains, teknologi dan inovasi (STI) negara dan aktiviti pengkomersialan hasil R&D tempatan demi kepentingan rakyat dan negara. Pelaksanaan MCY juga berfokuskan kepada daya cipta rakyat yang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI supaya hasil R&D tempatan dapat diterjemahkan kepada nilai komersial.
Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MCY, Program Jualan Produk R&D Tempatan telah diadakan untuk mempamer dan mempromosikan produk tempatan di Lobi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ahli mesyuarat dan warga MOSTI serta Kompleks C berkesempatan untuk melawat pempamer dan membuat pembelian bagi menyokong produk R&D tempatan.
352569731 650768273745498 2615236740253819585 n   353463882 650768330412159 4109017712859616302 n352534178 650768543745471 2229293712499255719 n   354266652 650768583745467 4549523108550840146 n
Skip to content