Skip to main content
Berita

MBOT Experts Network In Technology, Innovation, and Cooperative Event (ENTICE 23)

15 Ogos 2023, Kuala Lumpur – Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) mencatat satu lagi pencapaian bersejarah dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan negara ASEAN iaitu Myanmar, Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja dan Timor Leste. MoU ini melambangkan komitmen yang jitu untuk memacu kemajuan dan kemampanan bakat teknologi di rantau ini. Simbolik kerjasama bersejarah diadakan semasa MBOT Experts Network In Technology, Innovation, and Cooperative Event (ENTICE 23) dan disaksikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dengan tema ‘Sustaining Environmental, Social, Governance with Technology’ (Melestarikan Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus dengan Teknologi), MBOT ENTICE 23 merupakan edisi ketiga yang dianjurkan setiap tahun. Program ini menampilkan pelbagai program, termasuk ucaptama dan sesi forum, Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pemain industri teknologi global serta Penyampaian Anugerah dan Pameran.
Dalam ucapannya, YB Tuan Chang Lih Kang berkata, “Saya berbesar hati dan gembira dengan usaha MBOT dalam membentuk kerjasama dengan negara-negara ASEAN yang mana ianya akan menjadi platform rangkaian untuk ahli teknologi dan juruteknik. Saya yakin bahawa kerjasama ini akan memberi manfaat kepada semua negara anggota dari segi professional, pengiktirafan, kecemerlangan pendidikan, kerjasama, dan menggalakkan mobiliti,”.
YB Tuan Chang Lih Kang turut memuji inisiatif Community of Practice (CoP) MBOT untuk mencipta piawaian dan kod etika bagi bidang teknologi mereka. CoP adalah sekumpulan profesional MBOT yang berkongsi profesionalisme serta kepakaran untuk amalan profesional bersama untuk memupuk pendekatan baharu dalam teknologi pembangunan. MOSTI pula akan memberi tumpuan kepada pembangunan sektor dan perancangan jangka panjang untuk industri.
Skip to content