Skip to main content
Berita

Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembudayaan Sains (TKSU(P)) Telah Mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Sains, Teknologi dan Inovasi Serta Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Alam Sekitar Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Perlis

6 Mei 2024 – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembudayaan Sains (TKSU(P)), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Sains, Teknologi dan Inovasi Serta Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Alam Sekitar Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Perlis. Ini adalah susulan kepada perbincangan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri MOSTI dengan YB EXCO-STI dalam usaha untuk menyusuli isu-isu semasa dan memantapkan lagi pelaksanaan Mesyuarat MEXCO-STI yang dijadualkan pada bulan Jun 2024.

Kunjungan hormat ini antara lainnya membincangkan mengenai Pembudayaan Sains, seperti Minggu Sains Negara, Pendanaan R&D MOSTI dan Kolaborasi yang boleh dilaksanakan bersama antara MOSTI dengan Kerajaan Negeri Perlis.
Kunjungan ini juga diisi dengan taklimat oleh YBrs. Dr. Sharmila Mohamad Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) berkenaan projek Ruang Daya Cipta (RDC) yang akan dilaksanakan di Negeri Perlis dan program-program lain yang boleh dilaksanakan secara bersama.
YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri bin Ramli turut meluangkan masa menyertai sesi ini. Hadir sama ialah Puan Mismah binti Jimbun Timbalan Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan pegawai-pegawai dari Kementerian.
Skip to content