Skip to main content
Berita

Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi”

1 April 2022, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan program Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 bertemakan Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi yang akan bermula hari ini sehingga Oktober 2022. Langkah ini adalah usaha kerajaan memupuk kesedaran dan meningkatkan minat Keluarga Malaysia khususnya golongan pelajar serta belia mengenai kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kehidupan seharian.

Berucap semasa majlis pelancaran MSNKM 2022, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata “pembudayaan STI perlu diperluaskan bukan sahaja secara formal tetapi secara informal. Usaha ini merangkumi pembudayaan berkaitan pengaplikasian teknologi di setiap peringkat masyarakat agar manfaatnya dapat dinikmati lebih ramai masyarakat Malaysia”.

Pada tahun ini, “MSN Keluarga Malaysia 2022 bertumpu kepada tujuh (7) bidang utama yang akan difokuskan secara bulanan bermula April hingga Oktober 2022. Antara bidang fokus yang akan diketengahkan adalah:

▶️ April – Kesihatan Planet
▶️ Mei – Kimia dan Bioteknologi
▶️ Jun – Kegunaan Aman Nuklear
▶️ Julai – Inovasi Sosial
▶️ Ogos – Kejuruteraan
▶️ September – Nanoteknologi
▶️ Oktober – Angkasa

Setiap bidang fokus menerapkan tema rentas kluster iaitu kreativiti, inovasi, komunikasi sains, keselamatan, ekonomi, kesejahteraan rakyat, kelestarian alam, kerjasama antarabangsa, pembudayaan dan revolusi industri keempat (4IR)”.

Daftar sekarang di www.minggusainsnegara.com dan ikuti pelbagai program yang kami sediakan untuk semua #KeluargaMalaysia.

Skip to content