Skip to main content
Berita

Skop Dana MOSTI Diperluaskan Kepada Inovasi Sosial

By 2015-02-24Disember 14th, 2020No Comments

PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2015 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memperkenalkan inovasi sosial (social innovation) sebagai salah satu elemen dalam peluasan skop dana bermula 2015. Peluasan skop dana ini juga akan meliputi aktiviti ‘facilitation’.

“Melalui peluasan skop pendanaan ini, dana pre-pengkomersilan yang diurus oleh MOSTI boleh digunakan bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang boleh membantu meningkatkan tahap ‘commercial readiness’ produk-produk R&D”, kata Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa menyampaikan amanat di hadapan 1500 warga MOSTI.

Menurutnya lagi, sebagai persediaan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2015 iaitu mensasarkan pengkomersilan 360 produk inovasi berimpak tinggi dalam tempoh 5 tahun, MOSTI telah mengambil inisiatif menambahbaik pengurusan dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C).

Sepanjang tahun 2014, MOSTI mencapai pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara. Antara anugerah-anugerah utama yang telah diterima oleh MOSTI pada tahun 2014 adalah:

(i) Di bawah pengiktirafan Ikon Pengurusan Projek 2014 oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara, MOSTI menduduki tempat pertama bagi Kategori Projek Bukan Fizikal dan tempat kedua bagi Lawatan Turun Padang Terbaik;

(ii) Agensi Nuklear Malaysia menerima Plants Mutation Breeding Award daripada International Atomic Energy Agency (IAEA);

(iii) Met Malaysia memenangi Anugerah Kecemerlangan Geospatial (AGK 2014) melalui projek Fire Danger Rating System (FDRS);

(iv) Agensi Remote Sensing Malaysia memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT 2014) melalui projek Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI);

(v) CyberSecurity Malaysia berjaya menduduki tempat ketiga dalam Global Level in the Global CyberSecurity Index oleh International Telecommunication Union 2014; dan

(vi) Agensi Angkasa Negara memenangi pingat emas di National Innovation and Invention Competition through Exhibition (iComEx’14) dan International Innovation, Design and Articulation 2014 (i-IdeA2014) melalui projek Rural Medical Emergency System (REMS).