Skip to main content
Berita

PENCARIAN MALAYSIA TECHLYMPICS 2022 PERINGKAT ZON TIMUR

17 Oktober 2022, Terengganu – Malaysia Techlympics 2022 Zon Timur merupakan peringkat zon keenam dan terakhir selepas Zon Utara, Zon Malaysia Timur Sabah, Zon Tengah, Zon Malaysia Timur Sarawak dan Zon Selatan.

YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Malaysia Techlympics Zon Timur, Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Malaysia Techlympics 2022 yang merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini dipertandingkan di peringkat zon bagi mencari peserta atau Techlympians yang bakal mara ke peringkat seterusnya bagi merebut hadiah-hadiah bernilai sehingga RM500,000.00.

Menurut Datuk Haji Ahmad Amzad, daripada semangat yang ditunjukkan oleh para Techlympians, MOSTI yakin bahawa Malaysia mampu melahirkan generasi yang celik sains teknologi dan inovasi (STI) dan para inovator muda yang berkebolehan untuk menghasilkan solusi, aplikasi dan produk berteknologi untuk masyarakat dan kelestarian negara.

“Malaysian Techlympics penting kerana mampu meningkatkan lagi daya saing dan daya tahan negara melalui penyertaan inklusif dalam pertumbuhan ekonomi baharu, penerimagunaan teknologi termaju, membina bakat changemaker serta menyokong transformasi Malaysia sebagai negara berinovatif berasaskan teknologi tinggi terutama dalam kalangan anak-anak di Malaysia Timur ini sendiri,” katanya.

Sehingga kini, seramai 1.029 juta Keluarga Malaysia yang berusia di antara tujuh (7) hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menyertai pelbagai jenis pertandingan dan sesi perkongsian STI yang diadakan sejak April hingga November 2022.

Malaysia Techlympics 2022 dilaksanakan oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) sebuah agensi MOSTI dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi. Inisiatif ini mensasarkan satu (1) juta penyertaan daripada para pelajar dan 2,000 idea STI yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Bertemakan ‘Berhubung, Bersaing, Berjaya’, Malaysia Techlympic dirangka supaya bersifat inklusif agar lebih ramai golongan sasar mendapat peluang untuk turut terlibat menghasilkan produk inovasi menggunakan pendekatan tidak formal, sekali gus merancakkan lagi aktiviti STI negara melalui pembelajaran experiential. Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha MOSTI untuk memastikan lebih ramai Keluarga Malaysia khususnya golongan pelajar dan belia untuk menjadikan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sebagai pilihan kerjaya masa hadapan dan seterusnya mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam kehidupan harian.

 

309273225 482962960526031 4073585914873565741 n            309681760 482962103859450 1421252735294685167 n

310052021 482962277192766 2464353866884682709 n            309371854 482962663859394 1944262981831797268 n

 

Skip to content