Skip to main content
Berita

Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Februari 2024

26 Februari 2024, Kuala Lumpur – Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Februari 2024 diadakan di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur yang membawa tema Peristiwa Isra’ Mikraj.
Perhimpunan bulanan ini merupakan kali pertama diadakan bersama YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Nor Azman bin Hassan – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Puan Ruziah Shafie – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal dalam ucapannya menyatakan MOSTI sentiasa komited dalam memberi kesedaran terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI) kepada masyarakat dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian.
“Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi, Mengarusperdanakan Inovasi” adalah satu usaha kerajaan untuk bidang STI lebih ramah kepada masyarakat dan menjadikan sains sebagai satu amalan budaya kehidupan”
Pelbagai program-program pembudayaan STI ditawarkan bagi meningkatkan literasi STI dan yang akhirnya menyumbang kelahiran modal insan yang mahir di dalam bidang teknologi masa hadapan. Hasrat untuk melahirkan generasi berteknologi tinggi dan berminat dalam bidang STI ini telah dilaksanakan secara berterusan menerusi institusi pembelajaran bukan formal antaranya melalui Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara yang merupakan bahagian di bawah MOSTI.
YB Timbalan Menteri melancarkan Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara yang beroperasi sejak tahun 1994 selaras dengan tujuan membuka lembaran baru dan membawa peranan negara dalam bidang sains angkasa.
Turut dirasmikan Program School’s Out Kids In (SOKI) yang berlangsung di PSN Kuala Lumpur dan PSN Cawangan Wilayah Utara yang bermula pada 24 – 29 Februari 2024 sempena cuti sekolah yang bertemakan Sains Menyusuri Samudera,
Terlebih dahulu diadakan Ceramah bertajuk KWSP dan Anda yang disampaikan YBrs En. Muhammad Asyraf Bin Johari dan Ceramah “Inspirasi Ilmu Sains & Teknologi dari Peristiwa Isra’ Mikraj oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Nazir Bin Mohammed Khaled.
Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Februari ini diterajui oleh Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara.
Skip to content