20 Disember 2024, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Disember) 2024 bersama YBhg. Datoβ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI berlangsung pada hari ini di pekarangan lobi Blok C5, MOSTI, Kompleks C, Putrajaya. Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI (PSTI), Bahagian Pembangunan, Unit Audit Dalam dan Unit Integriti.
Sepanjang tahun ini, pelbagai program dan usaha telah dirancang dan dilaksanakan dalam memastikan MOSTI mampu memacu pertumbuhan dan pemulihan ekonomi negara melalui Sains, Teknologi dan Inovasi. YBhg. Datoβ Ts. Dr. KSU dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas semua warga MOSTI, jabatan dan agensi atas segala usaha dan penat lelah dalam melaksanakan tugasan dan telah diterjemahkan menerusi pencapaian-pencapaian yang telah mengharumkan nama MOSTI di peringkat negara dan juga di peringkat antarabangsa.
Antara pencapaian sepanjang tahun 2024 termasuklah:
Peningkatan prestasi Negara dalam Global Innovation Index (GII) dengan menduduki tangga ke-33.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah Penyampaian sijil, Apresiasi dan hadiah kepada para penerima dan pemenang pertandingan.
Hadir sama ialah YBhg. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.