Skip to main content
Berita

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

4 Mei 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI bersama warga MOSTI telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang berlangsung secara dalam talian di Bilik Gerakan pada pagi ini.
Dalam amanat tersebut, YAB Perdana Menteri menekankan kepentingan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kelestarian alam selaras dengan prinsip yang mengangkat nilai kesederhanaan dalam kehidupan bagi memastikan pembangunan negara dapat dilaksanakan secara mampan tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.
Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam agar melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab serta memperkukuh penguatkuasaan yang lebih tegas dan berkesan bagi menangani isu ketirisan dan memperkasakan tadbir urus negara.
Antara yang ditekankan juga ialah cabaran semasa ekonomi global termasuk ketidaktentuan harga komoditi dan tekanan kos sara hidup yang memerlukan pendekatan dasar yang lebih pragmatik dan responsif. Perdana Menteri menegaskan semua pihak perlu memahami kekangan fiskal negara di samping memperkukuh komunikasi dasar agar rakyat menerima maklumat yang tepat, jelas dan menyeluruh.
Sehubungan itu, MOSTI kekal komited untuk menyokong aspirasi kerajaan dalam mendepani ketidaktentuan global dengan memperkukuh agenda sains, teknologi dan inovasi negara sebagai pemacu pembangunan yang mampan, berdaya tahan dan berdaya saing.
Skip to content