Skip to main content
Berita

Program 10,000 langkah dan Berbasikal Bersempena Hari Sukan Negara (HSN) 2021

By 2021-10-09Oktober 11th, 2021No Comments
MOSTI meraikan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 dengan Program 10,000 langkah dan Berbasikal yang disertai oleh #KeluargaMOSTI. Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian dalam memeriahkan Sambutan HSN 2021 dan Bulan Kesejahteraan Kesihatan MOSTI yang dilaksanakan sepanjang bulan Oktober ini.
Program ringkas ini di sempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI yang turut menyertai aktiviti berbasikal. Terlebih dahulu Keluarga MOSTI bersama-sama menyaksikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) Peringkat Kebangsaan oleh YAB Perdana Menteri yang dipancarkan secara langsung melalui aplikasi ZOOM dan LIVE KBSMalaysia . Hadir sama YBrs. Puan Faizah binti Jaarudin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Ahli-ahli KemSains, Ahli-ahli Puspanita dan warga MOSTI.
#HSNMOSTI2021 ini diadakan dengan mematuhi protokol dan SOP penganjuran yang telah ditetapkan. #LindungDiriLindungSemua #TowardsSportingNation
Skip to content