Skip to main content
Berita

Program STEM Camp MOSTI 2026: Pengukuhan Pembelajaran Kimia Melalui Pendekatan Analogi, Terminologi Saintifik Dan Eksperimen Hands-On

24 September 2026, Seremban – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus menyemarakkan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan pelajar sekolah menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2, Negeri Sembilan.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar bersama Kelab Kimia (Al-Chemist), Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah dengan kerjasama rakan strategik Jabatan Kimia Malaysia, Pusat Penyelidikan Dan Analisis Air (ALIR) UKM, serta Duopharma Manufacturing (Bangi) Sdn. Bhd.
Puan Nani Rahayu binti Sudin, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, MOSTI telah merasmikan program berkenaan hari ini. Turut hadir meraikan majlis ialah YBrs. Puan Maizatul Khairumie Binti Mansorudin (Ketua Unit Audit Dalam, MOSTI), YBrs. Tn. Hj. Mohamad Zaini Bin Khalid (Pengetua SMK Seremban Jaya 2), YBrs. Ts. Dr. Aslizah Mohd Aris (Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Cawangan Negeri Sembilan), dan YBrs. Dr. Wan Syazehan Ruznan (Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan).
Penganjuran program tersebut telah berjaya menyatukan seramai 100 orang pelajar daripada 12 buah sekolah di seluruh Negeri Sembilan untuk meneroka potensi diri dalam disiplin sains. Sekolah-sekolah yang terlibat meliputi SMK Seremban Jaya 2 selaku tuan rumah, SMK Bukit Saujana, SMK Chan Wa II, SMK Dato’ Klana Putra, SMK Dato’ Sedia Raja, SMK Desa Cempaka, SMK Intan Perdana, SMK Jelai Felda, SMK Senawang, SMK Seremban Jaya, SMK Seri Pagi, dan SMK Tunku Kurshiah.
Melalui pendedahan amali secara interaktif, para peserta berpeluang merasai sendiri keajaiban dunia sains kimia menerusi modul-modul menarik seperti:
✨ Modul 1: Chromatic Detectives – Reverse Separation Lab
✨ Modul 2: Buih & Batu Kapur – Rahsia Hujan Asid
✨ Modul 3: Plant Pigment as Indicators – Watch Metals Change Colors
Inisiatif berterusan menerusi pemantapan konsep dan eksperimen kimia ini membuktikan peranan teras MOSTI sebagai pemangkin utama dalam mengarusperdanakan budaya STI ke seluruh pelosok negara. Pendedahan amali ini bukan sahaja memupuk kefahaman mendalam terhadap sains kimia, malah menyemarakkan minat pelajar untuk membina minda reka cipta yang berdaya saing serta bersedia menjadi peneraju teknologi dan inovasi masa depan.
Merakyatkan sains. Menginsankan teknologi. Mengarusperdanakan inovasi.
Skip to content