Skip to main content
Berita

The 16th Asia-Pacific Innovation Conference (APIC 2026)

22 September 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menyampaikan ucaptama sempena 16th Asia-Pacific Innovation Conference (APIC) 2026 di Universiti Malaya.

Mengangkat tema “Driving Inclusive and Sustainable Growth through Innovation in the Asia-Pacific”, YB Menteri menekankan bahawa inovasi bukan sekadar kemajuan teknologi, tetapi perlu diterjemahkan kepada pertumbuhan inklusif, pembangunan mampan dan manfaat kepada masyarakat.
Malaysia terus memperkukuh ekosistem STI melalui pelbagai inisiatif strategik, termasuk Mission-Oriented Initiatives (MOIs), Dana PEMACU 2.0, NTIS dan MySTI bagi mempercepat penerjemahan penyelidikan kepada teknologi, pengkomersialan dan impak ekonomi.
YB Menteri turut menekankan kepentingan kerjasama kerajaan, akademia dan industri dalam membentuk masa depan Asia-Pasifik yang lebih inovatif, mampan dan berdaya saing.
Skip to content