Skip to main content
Berita

RetailTech+ 2026: Penerapan AI dan Teknologi Fokus Memperkasakan Modal Insan

15 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hadir merasmikan program RetailTech+ 2026 edisi ketiga di MITEC anjuran Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Persatuan Pengurusan Kompleks Membeli-belah Malaysia (PPKM) dan Persatuan PKS Malaysia (SAMENTA).

Dalam ucapannya, nilai utama sesuatu teknologi tidak terletak pada sejauh mana keanggihannya, melainkan keupayaannya untuk membantu membuat keputusan yang lebih tepat, meningkatkan kecekapan operasi dan menambah baik pengalaman pelanggan.
Penggunaan teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (AI), automatik dan robotik dalam sektor peruncitan seharusnya bertujuan memperkasakan tenaga kerja manusia serta meningkatkan produktiviti, dan bukannya menggantikan peranan pekerja semata-mata.
YB Menteri menegaskan syarikat peruncit terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diseru memilih teknologi yang praktikal dan bertepatan dengan keperluan perniagaan bagi menangani cabaran sebenar seperti pengurusan inventori dan pengurangan kos operasi.
Beliau turut berkongsi keberhasilan inisiatif Sandbox Teknologi dan Inovasi Kebangsaan (NTIS) di bawah MOSTI dan MRANTI, yang sehingga kini telah menyokong pengkomersialan 101 teknologi buatan tempatan dengan nilai RM171.8 juta.
Bagi memastikan perkembangan teknologi terjamin, MOSTI turut memperkenalkan Garis Panduan Kebangsaan mengenai Tata Kelola dan Etika AI (AIGE) berasaskan tujuh prinsip utama demi memelihara keselamatan data, ketelusan serta kepercayaan pengguna dalam era peruncitan digital.
Skip to content